Membasmi Anai-anai - Termites

   
Anai-anai, Termite
     Masalah anai-anai adalah sangat umum dengan kita memandangkan kita berada di negara yang mengalami musim panas dan lembab sepanjang tahun membuatkan serangga ini amat cepat membiak dan merebak. Anai-anai hidup secara berkoloni yang sangat aktif mencari makan dan ia tinggal di bawah tanah tapak rumah anda. Tanpa penyelenggaran dan kawalan terhadap koloni anai-anai ini boleh menyebabkan kerosakkan teruk pada rumah yang anda sayangi.

Antara masalah yang sangat biasa adalah bahagian-bahagian kayu rumah anda akan rosak dimakan anai-anai contoh seperti kayu-kayu bumbung & siling, frame tingkap & pintu, pintu, almari-almari kayu, perabot, paip pvc, pendawaian elektrik, buku dan berbagai-bagai lagi.




白蚁蚁王及蚁后
           
     Untuk mengelakkan semua ini berlaku anda haruslah membasmi koloni anai-anai serta mengawal ia dengan cara yang berkesan dengan menggunakan racun khas untuk makhluk perosak ini. Antara kaedah-kaedah biasa yang dijalankan oleh pengendali kawalan makhluk perosak adalah seperti membuat semburan di kawasan bermasalah (luar / dalam / bumbung rumah), menebuk lubang dan mengepam racun ke dalam tanah, atau cara yang paling baik adalah melakukan semburan terlebih dahulu ke semua permukaan tanah sebelum pembinaan rumah - pre consruction. Anda adalah dinasihatkan supaya  melakukan penyelenggaraan secara konsisten bagi menjamin keadaan rumah anda adalah benar-benar bebas dari serangan makhluk perosak ini kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati terutama dari kos pembaikan semula struktur rumah anda yang rosak serta menjauhkan diri anda dari bahaya.




Terima Kasih